Tips Penjagaan Kulit

                                                     

 

Antara perkara yang penting dalam penjagaan kulit muka adalah kebersihannya. Sekiranya anda inginkan kulit yang cantik bersih, anda perlu kerapkan mencucinya dengan cara yang betul.

Cuci Muka Setiap Hari

Anda perlu selalu mencucinya dengan konsisten untuk mendapat kulit muka yang licin, lembut dan suci. Jika anda mahu mendapatkan hasil yang memuaskan, petua ini adalah perkara utama dan anda perlu amalkannya setiap hari.

Gunakan Pencuci Muka Yang Sesuai

Gunakan pencuci muka yang dikhususkan untuk penggunaan pada muka. Jangan menggunakan sabun badan pada muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka anda mudah kering.

Bilas Air Dengan Sempurna

Setelah anda menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda, adalah paling baik jika anda bilas semua kesan sabun yang terdapat pada muka anda dengan air yang bersih.

Keringkan Muka Dengan Betul

Lapkan muka anda dengan tuala yang bersih. Anda juga boleh menggunakan tisu untuk tujuan ini. Sila ambil perhatian dengan kebersihan pada tuala tersebut. Jika anda menggunakan tuala/tisu muka yang kotor, muka anda ada berkemungkinan akan dihinggapi oleh bakteria.